Apakah itu Dropship
Dropship ialah satu sistem perniagaan terbaru dimana PENJUAL (anda)
tidak perlu untuk membeli stok atau
produk untuk memulakan perniagaan. Malah PENJUAL (anda ) tidak perlu memikirkan
masalah untuk menyimpan stok , membuat bungkusan produk untuk penghantaran dan
melakukan urusan penghantaran produk terus ke rumah pelanggan kerana semua ini
akan di uruskan oleh pihak PEMBEKAL (kami) . Apa yang perlu dilakukan hanyalah
memperkenalkan produk dan melakukan promosi kepada pelanggan samada melalui
online atau offline. Boleh di katakan sebagai perniagaan “Untung atas angin”.
Bagaimana dropship berfungsi
Anda boleh merujuk pada gambar di bawah bersama penerangan
yang ringkas.
1. Setelah anda berjaya menjadi agen Dropship
Centre maka anda akan di berikan gambar atau catalog mengenai produk berserta
penerangan mengenai produk. Kemudian anda boleh memulakan tugas anda dengan
memperkenalkan dan mempromosi produk untuk mendapatkkan pelanggan samada melalu
online di internet atau secara terus (offline). Semudah itu sahaja.
2.
Prospek yang melihat iklan dan promosi anda akan
bertukar menjadi pembeli. Setelah berminat pembeli akan membuat pesanan produk
terus kepada anda.
3.
Pembeli akan membuat bayaran penuh berdasarkan
harga yang telah di tawarkan oleh anda kepada pembeli.
4.
Kemudian anda akan membuat pesanan dan bayaran
pada harga kos kepada pihak Dropship Centre. Keuntungan dari hasil jualan
adalah hak milik anda 100%.
5. Pihak Dropship centre akan menguruskan urusan
penghantaran produk kepada pembeli dalam masa 3–5 hari.
Kelebihan perniagaan dropship
- Tidak memerlukan modal yang besar
- Tidak perlu membeli stok
- Tidak perlu menyimpan stok
- Tiada risiko untuk mendapat kerugian
- Tidak perlu menyewa kedai atau pejabat
- Tidak perlu mengupah pekerja
- Tidak perlu menghantar pesanan
- Tidak terikat dan tiada target yang wajib di penuhi.
- Tidak perlu bertemu pelanggan (hanya dari rumah sahaja)
- Boleh menetapkan keuntungan bagi sesuatu produk
- Keuntungan yang di perolehi adalah bersih
- Dapat membeli dengan harga yang murah untuk kegunaan sendiri
- Dapat menentukan masa sendiri kerana anda bekerja sendiri
Hukum perniagaan Dropship menurut islam.
Berdasarkan dari seorang ustaz yang tersohor di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus yang mana
hukumnya adalah HARUS .